Friend 4 Ever

20 March 2010

Learning Outcome 6:

Raise the awareness of the bridging mechanism that facilitate educational transition for individual with special needs
______________________________________________________


Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran biasanya akan terasa dipinggirkan. Mereka selalunya mempunyai perasaan rendah diri atas kekurangan diri mereka. Oleh itu, kita sebagai anggota masyarakat perlu perihatin tentang kekurangan kanak-kanak berkeperluan khas ini dan mengelak perkara-perkara yang membuatkan kanak-kanak ini rasa dipinggirkan.

Antara pihak-pihak yang berperanan dalam memupuk kesedaran tentang kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah pihak sekolah iaitu guru-guru, ibubapa dan keluarga dan pihak-pihak lain umpamanya kerajaan dan badan-badan NGO.

Peranan Guru

Guru adalah insan yang paling rapat dengan murid-murid yang berkeperluan khas ini selain dari ibubapa mereka. Oleh itu guru seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid, guru perlu menjalankan ujian saringan terhadap murid tersebut. Sekiranya telah dikenalpasti murid yang mengalami masalah pembelajaran, guru perlu memastikan objektif p & p untuk murid-murid ini adalah pada tahap yang boleh mereka capai. Tugasan pembelajaran yang diberikan haruslah memberi peluang kepada murid untuk belajar. Guru perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah mengajar yang boleh mrangsang dan menarik murid untuk belajar.

Peranan Ibubapa

Ibubapa adalah insan yang paling rapat dengan murid. Oleh itu ibubapa memainkan peranan yang penting bagi membantu murid-murid yang bermasalah pembelajaran ini. Ibubapa seharusnya menyediakan persekitaran yang baik dan penuh dengan kasih sayang. Ibubapa juga perlulah menjadi pembimbing kepada murid-murid ini yang dapat membimbing mereka menjadi insan yang mempunyai rasa tanggungjawab, menghormati orang lain dan mempunyai nilai-nilai yang baik didalam diri mreka. Mereka perlu dididik dengan kemahiran untuk berdikari. Ibubapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak yang bermasalah ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakuakan bersama-sama antaranya ialah berkelah, bersukan dan membeli belah.

Faktor-faktor lain.

Selain daripada ibubapa dan guru, pihak kerajaan dengan bantuan NGO-NGO yang berkenaan perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu kanak-kanak bekeperluan khas ini. Terdapat pelbagai program yang telah dirancang untuk membantu kanak-kanak bekeperluan khas ini. Antaranya ialah Projek Rintis 'ISD', Undang-undang untuk golongan bekeperluan khas, aktiviti jabatan pendidikan khas dan banyak lagi.

Kesimpulan

Oleh itu, kita sebagai anggota masyarakat tidak seharusnya menyisihkan mereka-mereka yang bekeperluan khas dan juga meraka yang mempunyai masalah pembelajaran. Walaupun kesedaran tentang kanak-kanak bekeperluan khas di negara kita ini masih berada pada tahap yang rendah, namun kita perlu memulakan langkah supaya dapat di ikuti oleh generasi akan datang

1 comment:

  1. assalam..nak tanya berapa tahun dah cikgu berpengalaman mengajar murid berkeperluan khas? boleh kah share sama liz?

    ReplyDelete