_________________________________________________________
http://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/ciri-kanak-kanak-berkeperluan-khas.html
Kanak-kanak berkerperluan khas ini di definasikan sebagai golongan pelajar istimewa yang kurang berupaya (disabled), pelajar pintar cerdas (gifted), pelajar berisiko (at risk) dan pelajar bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku.
Kanak-kanak berkerpeluan khas ini biasanya mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga sering mempunyai masalah emosi disebabkan oleh kekurangan yang ada pada diri mereka. Ada juga diantara mereka yang hyperaktif dan suka mengganggu rakan-rakan. Mereka kurang memberi tumpuan didalam kelas.
Falsafah Pendidkan Khas.
"Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."
Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Program Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas yang dilaksanakan di Malaysia untuk murid-murid yang berkerperluan khas ini adalah seperti Sekolah Pendidikan khas, Program Integrasi Pendidkan Khas, Program Inklusif, Program Pendidikan Pemulihan Khas, Program Disleksia dan Pendidikan Vokasional (sekolah khas/ intergrasi - vokasional/teknik)
Murid-murid pendidikan khas ini boleh dikategorikan kepada 3 iaitu masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran . Mereka adalah murid-murid yang mempunyai masalah untuk belajar dalam aliran biasa.
Murid-murid ini biasanya diajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri , kebolehan, bakat, minat dan latar belakang murid tersebut.
No comments:
Post a Comment