Friend 4 Ever

25 February 2010

Learning Outcome 4:

Design appropriate intervention programmes to remediate children's mathematical errors
_____________________________________________________




Kurikulum Pendidikan Kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Ini adalah kerana tahap pencapaian pendidikan murid PKBP secara amnya amat rendah. Penguasaan dalam pelajaran adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi arasnya untuk murid PKBP bagi mereka untuk menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing.

Dalam usaha menangani masalah pembelajaran matematik di kalangan murid yang bermasalah pembelajaran ini, program intervensi perlulahlah dijalankan disekolah-sekolah. Program intervensi adalah satu program yang direka khusus bagi membantu mengatasi masalah pembelajaran terhadap murid-murid PKBP ini. sebelum menjalankan sesuatu program intervensi, guru perlulah terlebih dahulu mengenalpasti murid yang bermasalah. Murid-murid PKBP ini, seterusnya akan menduduki pra ujian. Murid akan dinilai dan diberikan bimbingan melalui keputusan pra ujian tersebut kemahiran operasi matematik yang mana mereka lemah.


15 February 2010

Learning Outcome 3:

Analyze Information concerning the systematic instruction of children with special needs at the primary level
___________________________________________________


“Instruction, defined functionally, produces behavior changes” (p. 43)
Barrett, Beatrice H. (2002) The Technology of Teaching Revisited: A Reader’s Companion to B.F. Skinner’s Book. Concord, MA. Cambridge Center for Behavioral Studies.

Sekiranya arahan guru tidak dapat mengubah tingkahlaku pelajarnya, adakah ini boleh dikatan arahan yag efektif??? Andainya arahan yang digunakan oleh guru tidak dapat mengubah tingkahlaku pelajar dalam masa 3 hari, adalah lebih baik guru tersebut menukar kaedah yang digunakan sehingga berjaya.

Antara pendekatan yang sesuai untuk kanak-kanak autism adalah menggunakan kaedah penyoalan yang menggunakan 'mengapa'. Ini membolehkan kanak-kanak ini memahami perhubungan antara sebab dan akibat. Penggunaan flash kad juga dapat membantu murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Penggunaan simulasi seperti video juga dikatan antara kaedah yang efektif bagi membantu kanak-kanak yang suka berimiginasi tentang sesuatu. Penggunaan video sebagai model banyak membantu kanak-kanak untuk mempelajari tentang cara berkomunikasi, cara mengendalikan rutin harian, cara menyapa orang dan sebagainya.

Guru atau ibubapa boleh membantu kanak-kanak dengan cara merekod video perbuatan kanak-kanak tersebut dan menayangkan kepada mereka kesilapan yang mereka lakuakan dan seterusnya ibubapa atau guru bolehlah menayangkan cara yangbetul bagi setiap kesilapan yang mereka lakukan. dengan menujukkan beberapa kali video tersebut, kanak-kanak ini akan faham dan cuba mengubah kesilapan yang telah mereka lakukuan itu.

13 February 2010

Learning Outcome 2:

Explore the impact of disabilities on the children, their families, on their future




Masalah Pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, perturturan , penulisan , berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.


Jenis-jenis masalah pembelajaran
- Dyslexia
- Dyscalculia
- ADHD
- Dysgraphia
- Autism
- Dyspraxia


Ramai ibubapa yang mempunyai anak hiperaktif memandang ringan masalah yang melanda anak-anak mereka. Bagaimanapun, ada juga ibubapa menggunakan kekasaran untuk menangani perilaku anak-anak hiperaktif dan ini ditakuti memberi kesan yang buruk kepada anak tersebut. Anak-anak hiperaktif seharusnya dididik menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza daripada anak-anak normal yang lain.


1. Latih anak-anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.


2. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda.


3. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya.


4. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak.


5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.


6. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.


7. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa ida adalah anak yang baik, dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan.


8. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan dirinya atau orang lain


9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali'.


10. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada dimeja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.


11. Kita sebagi ibubapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif.


12. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-program di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka.


13. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebaginya.


14. Selain dari itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif menggunakan pendekatan berdasarkan agama seperti membaca doa. Antara doa-doa yang sesuai diamalkan oleh orang tua untuk anak-anaknya.


a) Al Bagarah : 128

Doa agar anak patuh kepada Allah b) Al Imran : 38 Doa agar diberi anak yang baik


c) Furqan : 74 Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati


d) Ibrahim : 40

Doa agar anak tetap mengerjakan solat


15. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, kita boleh membaca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. Selain dari itu, ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran. Bacalah Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.


16. Selain membaca doa ketika mereka sedang belajar, ketika memasak juga bolehlah si ibu membaca doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati. 17. Bagi ibu yang bercita-cita anak-anak yang baik. Elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun- ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap digalak diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.


18. Selepas solat lima waktu juga cukup sesuai untuk kita menadahkan doa. Selalulah mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka

yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadi ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.


20. Ketika anak tidur juga:

a. Pada setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali. b. Membaca surah Al Fatihah 1 kali dan Surah Alam Nasyrah 1 kali


b. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.


c. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.


Meskipun anak hiperaktif ini tidak mampu menguasai dirinya dengan perilakunya, ibubapa atau guru tidak seharusnya bersikap acuh tak acuh dan menyerah kalah pada keadaan. Perlu ada kesabaran untuk mengajar anak hiperaktif, walaupun harus dilakukan berulang-ulang kali



Sokongan Keluarga


Ahli keluarga, khasnya ibubapa perlu mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran


Sentiasa merujuk kepada guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah.

Mengajar anak-anaknya atau memberi pendedahan tentang pengiraan melalui permainan

Memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti harian


Ibubapa memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi membimbing anak-anak mereka supaya berjaya dalam kehidupan.



09 February 2010

Leaning Outcome 1:

Analyze The educational, sosial and develop patterns of the children with special needs
_________________________________________________________

http://infopkbpsksj.blogspot.com/2009/02/ciri-kanak-kanak-berkeperluan-khas.html

Kanak-kanak berkerperluan khas ini di definasikan sebagai golongan pelajar istimewa yang kurang berupaya (disabled), pelajar pintar cerdas (gifted), pelajar berisiko (at risk) dan pelajar bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku.


Kanak-kanak berkerpeluan khas ini biasanya mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga sering mempunyai masalah emosi disebabkan oleh kekurangan yang ada pada diri mereka. Ada juga diantara mereka yang hyperaktif dan suka mengganggu rakan-rakan. Mereka kurang memberi tumpuan didalam kelas.


Falsafah Pendidkan Khas.

"Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."

Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.



Program Pendidikan Khas

Program Pendidikan Khas yang dilaksanakan di Malaysia untuk murid-murid yang berkerperluan khas ini adalah seperti Sekolah Pendidikan khas, Program Integrasi Pendidkan Khas, Program Inklusif, Program Pendidikan Pemulihan Khas, Program Disleksia dan Pendidikan Vokasional (sekolah khas/ intergrasi - vokasional/teknik)

Murid-murid pendidikan khas ini boleh dikategorikan kepada 3 iaitu masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran . Mereka adalah murid-murid yang mempunyai masalah untuk belajar dalam aliran biasa.

Murid-murid ini biasanya diajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri , kebolehan, bakat, minat dan latar belakang murid tersebut.