Friend 4 Ever

05 January 2010

Type of children with special needs

Learning Disabilities


Definisi kanak-kanak bermasalah Pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kebolehan kanak-kanak seperti yang berikut:
  • kebolehan kognitif
  • tingkahlaku sosial/perkembangan sosial
  • penguasaan bahasa lisan/ pertuturan
  • penguasaan membaca
  • kemahiran perkembangan (developmental skills)
  • kemahiran matematik
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Antara ciri-ciri yang membantu guru-guru mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

a) Ciri-ciri fizkal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak bayak beza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor genetik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding kanak-kanak biasa.

b) Ciri-ciri Interlek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan disekolah. Sebagai contoh, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolahan dalam bidang pengamatan dan konsep dan kebolahan berbentuk kreatif.Kesediaan dan keupayaan belajar bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Mereka biasanya hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak 6 tahun pada usia 8 tahun.

c) Ciri-ciri sosial dan peribadi
mempunyai bidang pemerhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman mengalami kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan kronologi umur mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa.


DYSCALCULIA

Apa itu Diskalkulia

Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran. "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan pembelajaran kemahiran aritmatik (Wikipedia, 2008)

Menurut Department of Education Skills 2001 (DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai kemahiran aritmatik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya mereka tahu 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan mengapa 4+5=9. Walaupun mereka dapat memperolehi hawapan yang betul tetapi mereka melakukannya tanpa keyakinan diri.

Simptom-simptom Diskalkulia

Seseorang yang menghadapi masalah diskalkulia akan menghadapi masalah kesukaran mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti + - x dan ¸, menentukan nilai nombor yang besar dan kecil, menyusun mengukut seriasi, membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, wang, jarak, cecair, mengira wang atau melihat masa. Mereka juga lemah dalam pengiraan spontan (fakta asas)

Punca-punca berlakunya diskalkulia

1) Wujud sejak lahir atas faktor genetik

2) Pendedahan awal matematik secara mendesak
kanak-kanak akan berasa bimbang semasa berhadapan dengan soalan matematik apabila pendedahan terhadap matematik dibuat sebelum kanak-kanak tersebut bersedia.

3) Faktor pengajaran disekolah
Pelajar yang lemah tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan sepenuhnya disebabkan guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang telah ditetapkan. Pengajaran tentang konsep matematik diabaikan kerana guru mengajar dan melatih pelajar untuk menghadapi ujian dan peperiksaan

Bagaimana mengajar kanak-kanak diskalkulia
  • memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap
  • Mengenalpasti samada mereka faham atau tidak soalan yang dikemukakan
  • Menekan kepada kefaman konsep
  • Mengaitkan bahan maujud dengan konsep yang diajar dan seterusnya di aplikasikan dalam kehidupan harian
  • menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid
  • memberi penghargaan dan pujian dan elakkan memarahi atau melabel mereka diahrapan khalayak ramai
  • menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai

DYSLEXIA


Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.


Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Kanak-kanak disleksia ini boleh dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka.


Diperingkat pra sekolah

kanak-kanak tersebut mungkin :
- Lambat bertutur
- Mengalami kesukaran sebutan atau rima
- Sukar menulis nama sendiri
- Sukar mengenal bentuk atau warna
- Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan
,

kanak-kanak Disleksia mungkin :
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis,
mengeja atau mengira
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor
(Bacaan terbalik) :
- Tidak dapat membezakan antara
-> 15 dengan 51
-> “was” menjadi “saw”
-> ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah



AUTISME


Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.


Tanda-tanda
  • Tidak suka bersosial.
  • Pendengaran tidak normal.
  • Mengelak daripada bertentang mata.
  • Gangguan pertuturan.
  • Corak kelakuan yang berulang.
  • Tidak mengendahkan rasa sakit.

Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.



ADHD - Attention deficit disorder

Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD -Attention deficit disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama ditemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah.

Klasfikasi ADHD

ADHD yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.Ia boleh diklasfikasikan kepada 3 tahap atau jenis :

1. Kurang tumpuan

Gangguan kurang tumpuan (ADHD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.


Sifat atau sikap kanak-kanak kurang tumpuan (tempoh tumpuan yang singkat)

- Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain

- Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas

- Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti

- Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)

- Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)

- Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain

- Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan


2. Hyperaktif

Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitterpada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%.Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.

Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif.


Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif

  1. Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil.
  2. Mereka suka membantah.
  3. Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.
  4. Lalai dan tidak memberi tumpuan.
  5. Sering merasa tidak puashati.
  6. Sering tertekan.
  7. Menghadapi masalah dalam pelajaran.
  8. Menghadapi masalah dalam hubungan sosial.
  9. Cepat takut dan risau.
  10. Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

3. Menurut kata hati (Impulsiviti)

Kebiasaannya simpton-simpton kanak-kanak Impulsiviti dapat dikesan pada kanak-kanak sebelum mereka berusia enam tahun lagi. Kelakuan hilang tumpuan akan berlaku di mana kanak itu berada samada di rumah, sekolah dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti atau kelakuan yang dilakukannya tidak setaraf dengan usia serta mereka tidak mengalami apa-apa masalah tumbesaran atau kesihatan.

Sifat atau sikap kanak-kanak Impulsiviti,


kanak-kanak akan :

· Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis

· Tidak sabar menunggu giliran

· Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

· Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan

rakan rakan dan kehidupan hariannya

Simptom-simptom kanak-kanak ADHA

Simptom hiperaktif dapat diperhatikan sejak kanak-kanak itu berada pada usia 3 hingga 4 tahun dan jelas dapat dilihat sebelum usia 6 tahun…

Antara simptom yang dipamerkan termasuklah tidak dapat duduk diam, sentiasa berada dalam keadaan bergerak (sama ada berjalan ataupun berlari). Tidak dapat bermain dengan senyap, banyak bercakap, tidak sabar menunggu giliran untuk berbuat sesuatu, mengganggu perbualan dan permainan orang lain. Melakukan sesuatu mengikut desakan dalam atau gerak hati. Kanak-kanak ini akan mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti. Kesukaran melakukan tugas yang berulang-ulang (kecuali jika aktivitinya menarik).

Sebenarnya, banyak daripada simptom yang disenaraikan di atas itu dipamerkan oleh kanak-kanak normal. Namun bagi kanak-kanak ADHD, ia terlalu kerap berlaku. Simptom itu dipamerkan dalam pelbagai keadaan sama ada di rumah di sekolah ataupun di rumah orang lain yang dilawati. Simptom-simptom itu mengganggu fungsi kanak-kanak itu menyebabkan pencapaian di sekolah tidak cemerlang, bermasalah menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan sebaya, malah dilihat sebagai pengacau. Antara kesan jangka panjang ADHD adalah gangguan kecemerlangan pencapaian akademik, kejayaan dalam pekerjaan dan perkembangan sosial serta emosi.



No comments:

Post a Comment